RETRET AWAL SEBAGAI PEMBUKA RETRET BAGI TAHUN 2014 DI PERTAPAAN KARMEL KAINGARAN, TAMBUNAN
TAMBUNAN – Sebagai memulai tahun
baru 2014, pihak Pertapaan Karmel Kaingaran telah menjalankan Retret Awal
bertarikh 31 Januari – 2 Februari 2014 yang telah disertai hampir 600 orang
peserta dari ketiga-tiga Keuskupan Keningau, Kota Kinabalu dan Sandakan. Retret
Awal adalah retret yang wajib diikuti sebagai persiapan seseorang untuk
mengalami pencurahan Roh Kudus sebelum memasuki retret-retret yang lain.
Terlihat penyertaan para belia yang ramai sangat menggembirakan pihak Pertapaan
terutama penyertaan seramai 40 orang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang
mencuri perhatian.
Pada Misa Kudus pembukaan retret
jam5:00 petang yang diselebrankan oleh Romo Gabriel CSE dari Indonesia.
Dalam Homili, Romo memberi pesan penting
yang berikut, ‘Imanlah yang membolehkan kita masuk Syurga. Talenta itu adalah
Iman dan Iman melahirkan manusia baru. Tambah Romo lagi, tanda iman diwujudkan
melalui Pembaptisan kita. Dan Pembaptisan inilah menjadikan kita manusia baru.
Apa konkritnya bentuk iman itu? Konkritnya adalah hidup di dalam Roh memikirkan
tentang Allah. Ertinya talenta untuk sentiasa mengarahkan hidup kepada Allah.
Talenta ini membantu kita melihat Allah. Kita bukan melihat
penampakan-penampakan yang lain. Mengulas lanjut, Romo mengatakan bahawa tanda
nyata kita dapat melihat Allah ialah sewaktu perayaan Ekaristi iaitu Konsekrasi
Tubuh dan Darah Kristus. Maka, kita tidak perlu pergi ke mana-mana. Cukup pergi
ke Gereja dan duduk di hadapan Tabernakel untuk melihat Allah. Talenta inilah
yang seharusnya dikembangkan.
Sesi selanjutnya diteruskan
dengan sesi pengarahan ceramah. Sesi 1 mengupas lanjut mengenai cinta kasih
Allah. Sarana untuk membuat kita bahagia ialah pengalaman akan cinta kasih
Allah dan begitu juga dalam hubungan sesama. Ketika kita merasa dicintai oleh
Sang Pencipta, itu akan membuat kita bahagia. Namun, kita manusia harus
bekerjasama dengan Tuhan. Kembali kita mengingat pesan Tuhan dalam Hukum Kasih
yang terutama iaitu ‘Kasihilah Allah-Mu’ lalu ‘Kasihilah sesamamu manusia
seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’
Kata-kata, ‘kita berbangga kerana
kita manusia yang dicipta serupa dengan Allah’ menyangkut misi penyelamatan
Yesus Kristus. Dalam Sesi ini ditekankan bahawa apabila manusia telah berdosa,
mereka kehilangan kemuliaan Allah (Roma 3:23). Seperti umum ketahui, manusia
menghadapi pelbagai cabaran di dalam keseharian mereka iaitu:-
1)
penyalahgunaan bidang-bidang teknologi
-
komunikasi renggang / hilang yang membawa kepada budaya
pentingkan diri sendiri.
-
Pornografi yang akhirnya membuat manusia terikat dan meresap
dalam fikiran.
2)
Budaya bunuh
-
Aborsi yang menjadi-jadi di serata tempat di dunia dan
situasi yang sangat mengerikan yang merendahkan martabat dan harga diri
manusia, baik si pelakunya mahupun mereka yang menjalankan pengguguran dengan
menggunakan teknologi masa kini demi mengaut keuntungan semata-mata.
-
Euthanasia ialah suatu pembunuhan yang dilakukan secara
halus, malah hampir tidak kelihatan iaitu bagi anak-anak yang merasa ibu bapa
membebankan, maka mereka datang kepada pakar hospital atau klinik untuk memberi
suntikan kepada ibu atau bapa lalu perlahan-lahan meninggal. Ertinya,
memaksakan orang tua untuk mati sebelum tiba waktu yang sepatutnya dijemput
oleh Tuhan.
Sedarilah bahawa situasi dunia
saat ini sebenarnya sangat mengerikan. Kerana apa? Kerana manusia mengalami
neraka di dunia ini dan bukan lagi mengalami syurga. Maka, marilah kita kembali
kepada penyelamatan jalan-jalan yang telah Yesus Kristus sediakan iaitu lewat
penderitaan dalam perjalanan Salib.
Setelah menyedari akan kuasa
penyelamatan Sang Juruselamat kita, maka kita mahu melangkah masuk di dalam
hidup baru dalam Roh. Nah, Sesi ini menjelaskan lebih lanjut ‘seperti apakah
hidup baru itu’? Hidup baru itu ertinya meninggalkan hidup lama (segala dosa,
kelemahan dan kelalaian). Kembali kita mahu menyedari bahawa Roh Kudus itu
sudah ada dalam kehidupan kita apabila kita menerima Sakramen Pembaptisan dan
kobaran api Roh Kudus yang bernyala itu dimarakkan lagi apabila kita menerima
Sakramen Penguatan. Kita boleh mencontohi teladan kehidupan Santo Petrus yang
dulunya seorang yang penakut dan sebanyak 3 kali menyangkal Yesus Kristus.
Namun, saat Pentekosta, Petrus menjadi manusia baru.
Sesi seterusnya membicarakan
mengenai menerima karunia dan bahasa Roh (Kis. 2) di dalam sikap taubat yang
terus menerus. Perlu difahami bahawa ‘Tritunggal’ adalah satu dan sama dan Roh
Kudus itu mempersatukan. Sebenarnya, kita sudah menerima karunia ini sewaktu
menerima Sakramen Inisiasi (sakramen Pembaptisan dan sakramen Penguatan). Tiga
rahmat dari buah karunia ini yang kita terima iaitu rahmat Pengudus (7 karunia
Roh Kudus), rahmat Sakramental (7 Sakramen) dan Karisma (karunia yang kita
terima semakin diperkukuhkan dan seterusnya membawa orang lain kepada Kristus).
Manakala, karunia bahasa Roh (manifestasi Roh Kudus) ialah karunia doa bahasa
Roh dalam Roh, tetapi jiwa dan budi kita juga harus turut berdoa. Namun, perlu
diingat bahawa karunia bahasa Roh bukanlah jaminan bahawa kita sudah kudus.
Di dalam Homili Misa Kudus pada
hari ke-2 retret, Fr. Giovanny menegaskan bahawa dosa mendatangkan kebahagiaan
apabila ia disesali sungguh-sungguh dan ia membawa hidup baru. Maka, kita
memerlukan Tuhan di dalam kehidupan kita.
Sesi yang terakhir merungkai
tujuan asal menyertai retret Awal iaitu pertumbuhan di dalam talenta untuk
melihat Allah. Sesi ini disampaikan oleh seorang anggota KTM. Beliau
mengongsikan mengenai cara-cara untuk bertumbuh setelah menjadi manusia baru
dan setelah menerima pencurahan Roh Kudus iaitu lewat doa, sakramen, belajar
dan pelayanan. Di akhir sesi ini juga, satu sesi penjelasan KTM (Komuniti
Tritunggal Mahakudus) disampaikan oleh Volunteer KTM Sabah. Pada saat ini, KTM
Sabah telah melahirkan 3 orang Volunteer dan mereka ini telah menerima Binaan
Khusus selama 1 bulan di Indonesia.
Selain mendengar sesi pengarahan
ceramah, pengisian acara retret juga diisi dengan Misa Kudus, Adorasi iaitu
penyembahan kepada Sakramen Mahakudus yang ditakhtakan di Altar dengan
penghayatan penuh dalam kedua-dua spiritualitas Karismatik (pembaharuan hidup
baru dalam Roh) dan spiritualitas Karmel (keterbukaan hati kepada Roh Kudus
sehingga seluruh keberadaan terbenam dalam keheningan yang sadar) dan sesi
puji-pujian yang dipimpin oleh anggota KTM di sepanjang retret.
Di akhir Misa Kudus penutupan
retret Awal yang diselebrankan oleh Romo Gabriel CSE dan paderi membantu Fr.
Giovanny CSE, Romo Gabriel sekali lagi membakar semangat para peserta retret
dan umat yang menyertai untuk tetap setia kepada Yesus Kristus yang telah rela
menderita sampai wafat di salib. Romo Gabriel turut menyuarakan keprihatinannya
mengenai isu-isu semasa yang sedang berlaku di Negara kita terutama isu
pengislaman dan tentang masa depan Gereja.
Bermula pada tahun 2014 ini, Misa
Kudus penutupan retret berserta doa-doa penyembuhan akan dibuka kepada umat
awam. Bangkit, Bergerak dan Wartakan! Tuhan memberkati.
Oleh:
Editor
Gambar-gambar sepanjang Retret Awal, 31 Januari – 2
Februari 2014
Misa Kudus Pembukaan Retret
Awal
Romo Gabriel CSE
Para peserta retret
Wajah ceria para peserta
retret
Sesi Puji-Pujian oleh
Volunteer KTM&AJK
AJK anggota KTM membantu
Action Song
Beratur panjang mengambil
makanan
Peserta retret beratur mengambil
makanan
AJK anggota KTM bahagian
makanan
Anggota KTM bertugas
bahagian AJK Makan
Sesi pengarahan oleh anggota
KTM
Antara belia yang menyertai
retret Awal